
POLISI KEDAI
Khidmat Pelanggan

Privasi & Keselamatan
Kami di Pintar Ria Publications komited untuk melindungi privasi dan keselamatan maklumat peribadi pelanggan kami.
Berikut adalah dasar privasi dan keselamatan kami:
1. Pengumpulan Maklumat
-
Kami hanya mengumpul maklumat peribadi penjaga, ibu atau baba seperti nama, alamat, nombor telefon, dan alamat e-mel untuk tujuan pemprosesan pesanan dan komunikasi.
-
Maklumat pembayaran dikumpul secara selamat melalui platform pembayaran yang disahkan.
2. Penggunaan Maklumat
-
Untuk memproses pesanan dan penghantaran.
-
Untuk tujuan sokongan pelanggan dan maklum balas.
3. Perlindungan Maklumat
-
Data pelanggan dilindungi dengan teknologi penyulitan SSL (Secure Socket Layer).
-
Maklumat peribadi hanya boleh diakses oleh kakitangan yang diberi kuasa.
-
Kami tidak akan berkongsi atau menjual maklumat pelanggan kepada pihak ketiga tanpa kebenaran.
4. Hak Pelanggan
-
Pelanggan berhak untuk mengakses, mengemaskini, atau memadam maklumat peribadi mereka.
-
Pelanggan boleh menarik balik persetujuan untuk menerima komunikasi pemasaran pada bila-bila masa.
5. Keselamatan Dalam Talian
-
Kami menggunakan sistem keselamatan yang terkini untuk melindungi data daripada akses yang tidak dibenarkan.
-
Kata laluan dan maklumat log masuk pelanggan dilindungi dan sulit.
6. Hubungi Kami
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan mengenai privasi dan keselamatan, sila hubungi kami di info@pintarria.com.
Terima kasih kerana mempercayai Pintar Ria Publications. Privasi anda adalah keutamaan kami.

Polisi Privasi & Keselamatan untuk Kanak-Kanak Bawah Umur
Dalam usaha melindungi privasi dan keselamatan kanak-kanak bawah umur (di bawah 13 tahun), kami komited untuk mematuhi peraturan yang ketat serta menyediakan persekitaran yang selamat. Berikut adalah garis panduan dan langkah-langkah yang kami ambil:
1. Perlindungan Data & Privasi
-
Pengumpulan Data Minimum: Kami hanya mengumpulkan maklumat yang diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan, dengan kebenaran ibu bapa/penjaga.
2. Tanggungjawab Pengguna
-
Pengawasan Ibu Bapa: Ibu bapa digalakkan untuk memantau aktiviti dalam talian anak-anak.
-
Kata Laluan & Akaun: Akaun harus dikawal oleh ibu bapa/penjaga.
Nota: Polisi ini boleh dikemas kini dari semasa ke semasa. Untuk sebarang pertanyaan, hubungi pasukan sokongan kami.
Dasar Bayaran Balik
Kami menggalakkan semua pelanggan untuk mencuba perkhidmatan kami sebelum melanggan. Anda boleh mengakses lima ebook terpilih secara percuma dengan mengklik pautan 'ebook Percuma' di laman web kami: https://book.pintarria.com/koleksi.
Sekiranya anda memilih untuk membeli salah satu pelan langganan kami, selepas pembayaran anda diproses, anda akan menerima emel pengesahan beserta maklumat pesanan. Sila maklum bahawa selepas emel pengesahan dihantar, tiada bayaran balik akan diberikan. Ini kerana perkhidmatan kami akan bermula serta-merta sebaik sahaja pembayaran anda berjaya diproses.
Dengan membuat pesanan untuk langganan perkhidmatan digital tahunan, anda mengesahkan bahawa anda telah membaca, memahami, dan bersetuju sepenuhnya dengan terma-terma dasar bayaran balik ini.
Sekiranya anda tidak bersetuju atau tidak menerima sepenuhnya terma-terma dasar bayaran balik ini, kami memohon agar anda tidak membuat sebarang pesanan dengan kami.
Anda boleh membatalkan pembaharuan automatik langganan anda pada bila-bila masa menerusi bahagian Maklumat Bil di akaun anda. Langganan berbayar anda akan kekal aktif sehingga tamat tempoh kitaran bil semasa.
Jika anda menghadapi sebarang isu berkaitan aplikasi atau mempunyai pertanyaan mengenai bil, sila hubungi kami melalui emel di info@pintarria.com.

Kaedah Pembayaran
- Credit / Debit Cards
- PAYPAL